Sunday 27 November 2016

Apa itu budaya ?

Budaya merupakan perkataan daripada bahasa Sanskrit iaitu "buddhi" dan "daya" yang masing-masing membawa maksud "akal" dan "usaha"....Budaya menurut E.B Taylor bermaksud keseluruhan kompleks meliputi aspek-aspek seperti ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, kesusilaan, undang-undang, adat resam dan kebolehan lain yang diperoleh manusia sebagai anggota masyarakatnya...Budaya juga merupakan 'world view' atau dunia pandang kelompok masyarakat...


Budaya Tersirat  ⇛ Falsafah, pemikiran, kepercayaan, kesenian, adat

Budaya Tersurat ⇛ Makanan, pakaian, permainan



Dikatakan unsur kebudayaan negara Malaysia berasal daripada luar. Oleh itu, terdapat 3 corak pendekatan mesti dilihat dalam perkembangan kebudayaan iaitu :-

a) Pensejarahan
b) Pengaruh kebudayaan jati
c) Penyebatian dalam kebudayaan



Sejarah perkembangan budaya Malaysia bermula dengan zaman Kesultanan Melayu Melaka melalui kedatangan pedagang-pedagang dari China, India dan Timur Tengah (Arab)...Para pedagang ini masing-masing membawa unsur budaya dan nilai sosiobudaya mereka sendiri...Pengaruh dari luar ini sangat kuat sehingga memberi kesan kepada masyarakat pada masa itu terutama dari segi pemakaian, bahasa dan makanan...Pengaruh luar lebih banyak tersebar melalui perkahwinan campur dan menyebabkan berlakunya proses asimilasi dalam kalangan penduduk Tanah Melayu... 



Faktor pensejarahan mengatakan perkembangan budaya Melayu melalui 4 peringkat zaman iaitu :

⟾Zaman Pra-sejarah
⟾Zaman Pengaruh Hindu-Buddha
⟾Zaman Pengaruh Peradaban Islam 
⟾Zaman Pengaruh Barat



Maksud proses :

Asimilasi      ➧ percantuman atau percampuran
Akomodasi  ➧ penerimaan budaya
Akulturasi    ➧pinjaman budaya